UBAT BAGI DIRI MALAS BERIBADAH

Imam al-Haddad رضى الله عنه pernah ditanya mengenai ubat bagi orang yang merasa berat untuk melakukan kebajikan dan cenderung mengikut hawa nafsu. Beliau menjawab :-

” Ketahuilah bahawa malas beribadah dan cenderung mengikut hawa nafsu ini disebabkan oleh 4 perkara ;

(1) *Kejahilan*, cara mengatasinya ialah dengan menuntut ilmu yang bermanfaat; dan beradab dengan ilmu.

(2) *Lemah iman*, cara mengatasinya ialah dengan bertafakkur mengenai kekuasaan Allah di langit dan bumi serta tekun beramal sholeh;

(3) *Panjang angan-angan*, cara mengatasinya ialah dengan ingatkan mati dan menyedari bahawa kematian dapat datang setiap saat; dan

(4) *Makan sesuatu yang syubhat*, cara mengatasinya ialah dengan bersikap warak dan sedikit makan. ”

Ikuti kisah ini juga : 10 Nasihat Luqmanul Hakim kepada Anaknya

Jom belajar magnet Rezeki Cara Allah : 2 Langkah Mudah Selesaikan Masalah Rezeki Serta Merta

Semoga bermanfaat untuk kita semua.🤲🏻