Tutorial 1 Affiliate e-Rezeki.my

Panduan asas bagaimana untuk jana pendapatan melalui program affiliate e-Rezeki.my menggunakan Ilmu Super NBI.

Salam perkenalan, hai saya Farihan Yahya. Founder, Projek e-Rizq.my !

Hari ini saya akan kongsikan panduan bagaimana untuk anda buat duit dengan mempromosikan link affiliate e-Rizq.my.

Sebelum itu, Untuk pengetahunan anda, e-Rizq.my ini telah pun dilancarkan pada 15 Mac 2019 lalu.

Projek e-Rizq.my ini secara ringkasnya adalah satu platform affiliate yang bantu affiliate menjalankan bisnes online menggunakan teknik SUPER NBI.

Di mana, ahli affiliate e-Rizq.my di didik mengaplikasikan ilmu NBI di Group Komuniti mereka dan mereka hanya perlu lakukan promosi terhadap webplika(link affiliate) untuk mengumpul email prospek sahaja.

Kemudian, sistem autoresponder e-Rizq.my ini yang akan lakukan follow up dan close sale terhadap prospek tersebut melalui siri emel. Apabila prospek membeli mana-mana produk yang dipromosikan melalui emel, maka affiliate e-Rizq.my akan terima komisyen.

Alhamdulillah, selepas hampir 3 bulan e-Rizq.my diperkenalkan, jumlah komisyen yang telah berjaya dihasilkan oleh ahli affiliate e-Rizq.my sudah pun mencecah RM10,910!

 

Pendaftaran affiliate adalah percuma dan anda bakal menerima komisyen sebanyak 40% daripada harga jualan dari setiap produk di dalam e-Rizq.my ini.

Potensi 2 Jenis Komisyen yang bakal anda perolehi dengan Affiliate e-Rizq.my

Alhamdulillah, ada juga affiliate yang dah berjaya menjana lebih RM1,710 komisyen melalui Projek e-Rizq.my ini:

 

1. Daftar Affiliate

Untuk mempromosikan link affiliate e-Rizq.my, anda wajib mendaftar sebagai affiliate terlebih dahulu.

Sebelum ini hanya Alumni RMR yang boleh menyertai program affiliate ini.

Namun atas permintaan, saya buka peluang kepada anda semua untuk sertai program affiliate ini dan jana komisyen yang lumayan.

Anda bakal menerima komisyen sebanyak 40% daripada harga jualan produk di e-Rizq.my ini.

Ketika ini, e-Rizq.my hanya mempromosikan 2 produk asas iaitu :

RM50 (Workbook RMR- kulit buku kuning) - komisyen anda RM20
RM100 (Kombo RMR + KMR - kulit buku Kuning + Merah) - komisyen anda RM40

Kedua produk ini adalah asas untuk Affiliate e-Rizq.my aplikasikan ilmu Teknik NBI.

NBI secara ringkasnya adalah satu ilmu berkesan yang digunakan Rasulullah dalam menyebarkan Islam ke seluruh Dunia. Ramai Online Marketer barat yang mengkaji teknik dakwah Rasulullah mengaplikasikan teknik ini dan menjadikan mereka Top Billionare dunia. Sungguh rugi jikalau kita tidak mengaplikasikan Teknik NBI ini dalam urusan seharian bisnes kita.

Anda boleh klik di sini jika anda masih belum mendaftar lagi.

(Abaikan langkah ini jika anda sudah pun mendaftar sebelum ini)

 

2. Kenalpasti Link Affiliate Anda

Selepas anda mendaftar, anda boleh login ke ruangan sistem affiliate e-Rizq.my dan dapatkan Link Affiliate anda.

Anda boleh klik di sini untuk Login.

Untuk kenalpasti Link Affiliate anda, sila lihat di ruangan 'Standard Linking Code' seperti dalam contoh di bawah:

Di dalam paparan di atas, Link Affiliate yang tertera ialah:

https://e-Rizq.my/go/idevaffiliate.php?id=101

101 ialah contoh ID Affiliate.

Setiap orang mempunyai ID Affiliate yang berbeza. Jadi pastikan anda promosikan Link Affiliate dengan ID anda sahaja.

Anda boleh menguji terlebih dahulu Link Affiliate anda. Copy & Paste di browser anda. Pastikan ia menuju ke webjualan Workbook Rahsia Magnet Rezeki(RMR).

Cara untuk dapatkan link affiliate anda yang lain, untuk anda promosikan adalah dengan semak di link affiliate GENERATOR tertera :

https://e-Rizq.my/link/?idev_id=101

101 ialah contoh ID Affiliate. Anda boleh tukar ikut no ID affiliate kepunyaan anda.

 

3. Pendekkan Link Affiliate Pertama Anda

Sebelum anda mempromosikan Link Affiliate anda, saya sarankan agar anda pendekkan terlebih dahulu Link tersebut supaya prospek tidak mengetahui Link Affiliate anda yang sebenar.

Pendekkan Link anda menggunakan Bit.do.

Anda hanya perlu paste Link Affiliate anda di ruangan box yang disediakan kemudian, masukkan perkataan untuk di customize(boleh letak apa sahaja perkataan atau nombor) seterusnya klik butang Shorten seperti yang tertera di bawah:

Seterusnya, anda akan lihat Link Affiliate anda sudah pun dipendekkan. Lihat contoh berikut:

Ini contoh link affiliate yang telah dipendekkan:

https://bit.do/JEMPUTANKERMR

Copy link tersebut dan barulah anda mulakan promosi.

Anda boleh menguji link tersebut dengan copy & paste di ruangan browser anda, pastikan ia pergi ke webjualan WORKBOOK RMR yang betul.

 

Begitu juga link affiliate anda yang lain termasuk link untuk RECRUIT PENDAFTARAN AFFILIATE BARU BAWAH ANDA.

(anda boleh semak link RECRUIT AFFILIATE BARU bawah anda di link affiliate generator - di akhir langkah 2 diatas. >> Seperti ini :- https://e-Rizq.my/link/?idev_id=101)

 

Teknik Promosi link affiliate di e-Rizq.my menggunakan NBI

Strategi simple promosi e-Rizq.my dan jana komisyen 40% + 20% untuk setiap jualan anda hasilkan + setiap jualan Affiliate bawah anda hasilkan.

Ayat copywriting di bawah ini di olah daripada ayat copywriting affiliate e-Rizq.my sebelum ini.

Disarankan untuk anda olah terlebih dahulu ayat copywriting di bawah ini mengikut kesesuaian dan kreativiti anda.

Ianya cuma sekadar contoh.

Anda boleh gunakan ayat ini untuk anda share di Facebook, whatsapp, telegram dan lain-lain.

Copywriting 1. ( Jemput jadi affiliate bawah anda )

Sakit kepala hadapi masalah rezeki yang tak pernah selesai?

Cara mudah nak selesaikan masalah rezeki yang saya amalkan adalah dengan balik kepada Yang Maha Pemberi & Pengurnia Rezeki.

Satu amalan yang power memang dituntut adalah ISTIGHFAR.

Istighfar pendek yang biase tu sahaje.

Alhamdulillah rezeki masuk mencurah-curah lepas bertaubat(istighfar tu kan taubat kita pada Allah).

Saya belajar dari e-Rizq.my ini. Banyak lagi amalan-amalan lain yang super POWER bab Magnet Rezeki Cara Allah.

Alhamdulillah, syukur sangat sahabat saya perkenalkan e-Rizq.my ini.

Saya di Didik untuk belajar bisnes guna teknik Super NBI. Cara yang Rasulullah guna untuk sebarkan Islam seluruh Dunia.

Omputih majoriti banyak guna teknik ni la. Diorg yang guna, kita tak guna-guna. Tu sebab bisnes lompat-lompat tak menjadi dari dulu.

Dulu tak kena cara. Tak ada orang ajar ilmu ni. Sekarang senang sangat sebenarnya nak buat duit bila guna ilmu NBI ini.

Orite, saya tak mahu ulas panjang.

Anda boleh ushar sendiri apa skill, ilmu dan teknik NBI yang akan perkenalkan lepas anda daftar affiliate e-Rizq.my + NBI di sini:

=> [LINK AFFILIATE RECRUIT ANDA DI SINI]

Daftar cepat, skrg masih Percuma, Check it out!

Copywriting 2. ( Jemput jadi affiliate e-Rizq.my )

Assalamualaikum.

Apa khabar 🙂

Mohon maaf jika mesej saya ni mengganggu ya.

Just cuma nak kongsi extra income via online je.

Ramai dah orang dapat Pendapatan PASIF guna e-Rizq.my ni.

Power juga sistem ni hanya promote webplika yang disediakan guna teknik SUPER NBI untuk kumpul prospek, kemudian sistem yang akan follow up sampai close sale.

Anda tak nak cuba?

Detail pendaftaran ada kat sini

=>[LINK AFFILIATE RECRUIT ANDA DI SINI]

Semoga bermanfaat!

Nota: anda kena semak spam box kerana email e-Rizq.my selalu masuk di sana setelah anda mendaftar.

 

Copywriting 3. ( Jemput ke group whatsapp : pm/mesej/whatsapp/dm/sms/mesengger)

Assalamualaikum.

Apa khabar 🙂

Mohon maaf jika mesej saya ni mengganggu ya.

Just cuma nak kongsi tips murah rezeki secara percuma.

Ramai dah orang yang saya jemput dan mereka join untuk dapatkan tips percuma ini. Alhamdulillah mereka sangat gembira dapat ilmu-ilmu baru yang saya update setiap hari.

Harap anda juga berminat sama seperti mereka. 🙂

Anda nak sertai mereka?

Saya share dan update dalam group whatsapp ini. Saya gembira bila anda turut sama sertai.

=>[LINK GROUP WHATSAPP ANDA DI SINI]

Semoga bermanfaat!

 

Copywriting 4.  ( Untuk Kongsi dalam group whatsapp )

Join telegram ini ->

http://www.t.me/RahsiaAmalan100Hari

Anda boleh copy paste setiap content dari dalam group telegram itu untuk share tips magnet rezeki secara percuma di dalam group whatsapp anda.

Sila pastikan setiap content tips tersebut anda sertakan link affiliate anda di hujungnya seperti ini :

Rahsia Magnet Rezeki ( Workbook Rahsia Amalan 100 Hari )
=>[LINK AFFILIATE ANDA DI SINI]

Semoga bermanfaat!

 

Jika tak jelas juga nak buat macam mana, sila tonton Contoh Video di Bawah untuk dapatkan gambaran idea nak buat duit secara Direct Sale bagaimana :