TIPS KAYA DENGAN MODAL “KONSISTEN” aka “ISTIQOMAH”

Rasa nak share sikit tips kaya cepat, berjaya dalam hidup, kaedahnya simple mudah tapi dengan syarat kena istiqomah

Cubalah amalkan 40 hari berturut-turut supaya menjadi amalan dalam kehidupan seharian

Lepastu anda akan rasa sendiri satu persatu perubahan dalam hidup korang. 🤗

1. Bila bangun pagi buka je mata, cepat-cepat ucap Alhamdullilah Ya Allah! Masih bernafas lagi aku pagi ni (ramai bangun pagi terus capai henfon dulu.. kita tukar..)

2. Tengok suami & anak-anak ada kat sebelah ucap lagi Alhamdullilah Ya Allah!

3. Nak bangun turun dari katil pun ucap Alhamdullilah Ya Allah aku masih boleh berjalan lagi.

4. Mandi, ambil air sembahyang, ucap lagi Alhamdullilah Ya Allah, masih sihat lagi masih boleh sembahyang.

5. Buang air kecik/besar, ucap Alhamdullilah Ya Allah, syukur boleh membuang lagi (syukur boleh membuang hari). Mula-mula korang akan rasa pelik lepas membuang cakap alhamdullilah tapi tulah tanda kita bersyukur. Tak semua orang boleh membuang dengan normal.

6. Sebelum mula kerja, on laptop atau handphone, mulakan dulu aktiviti dengan buka cimb click/m2u sedekah minima RM1 kepada sesiapa memerlukan. Kalau boleh transfer lebih lagi bagus.

7. Sedekah al fatihah untuk mak ayah dan pasangan lepas sembahyang.

8. Biasakan diri dengan selalu bersyukur untuk setiap apa yang jadi

Lasstttttttttt apa pun jadi haritu sama ada baik atau buruk nak tidur letak kepala atas bantal “ALHAMDULLILAH UTK HARINI…. Terima kasih Allah!! ”

Percayalah, bila kita mula belajar untuk menghargai setiap inci dan setiap sudut kehidupan kita, rezeki lebih murah dan hidup pun lebih tenang.

Kaya ini sangat general. Kaya harta atau kaya hati atau keduanya sekali.

Marketing tu cuma alat, kunfayakun dari Allah.

Semoga bermanfaat buat anda semua. Semoga semua murah rezeki duit, anak pun jadi baik, senang nak urus.

Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.

.

Selalu kita sukar nak istiqamah dalam berbuat satu-satu amalan kan? Jom kita dapatkan panduan ini [ Ebook Rahsia Magnet Rezeki & Ebook Rahsia Kelancaran Magnet Rezeki ] dan buat secara bersama dalam berjemaah. InsyaAllah lebih mudah untuk sebati dengan diri, kita buat amalan yang lebih fokus tersusun dan mudah nak istiqamah. Klik link ini sekarang :

👉👉Offer InterimSale 2020

Sebelum itu baca kisah ini dahulu:

👉👉 2 Cara baiki hidup-mengikut cara yang Allah nak

Jom kita sama-sama klik link share dibawah

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN SAHABAT ANDA..

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.