TERUSLAH BERLAR

(inilah HAKIKAT Rukun Haji & Umrah iaitu Saie Di Antara Safa dan Marwah.)✅

Apakah kita sudah berhenti dari berlari (berusaha) dan berputus asa❓

Siti Hajar terus berlari dan berlari dalam sedar penuh pada Allah.

Tidak hanya duduk berdoa di sisi anaknya Ismail mengharapkan sesuatu dari Allah.

Siti Hajar tidak meminta makanan mahupun minuman dari Allah sedangkan itulah yang diperlukan dia dan anaknya.

Yang dimohon Siti Hajar adalah….

“Wahai Tuhan, ampunilah kami, rahmatilah kami, maafkanlah kami, kurniakanlah kami kemudahanMu dan ampunilah kami segala apa yang Engkau ketahui. Sesungguhnya Engkau Maha Mengetahui apa yang kami tidak ketahui, dan Engkaulah Allah Yang Maha Mulia Lagi Maha Pemurah”🤲🏻

Siti Hajar memohon keampunan dan rahmat dari Allah ketika dia diduga Allah. Cukup berbeza dengan kita ketika kita memiliki masalah, kita utamakan masalah kita dengan memohon agar Allah selesaikan masalah kita itu.

Kita bagaikan mengaturkan hidup kita dan mengarahkan Allah untuk mengikut kehendak kita. Akhirnya kita lupa memohon dengan bersungguh-sungguh keampunan dan rahmat dari Allah ketika kita berdoa kepadaNya.

Mengapa kita perlu memohon keampunan ketika kita diduga Allah sedangkan apa yang berlaku bukan kehendak kita sendiri?

Kesalahan kita iaitu tidak mahu menerima kehendak Allah sehingga sesuatu dugaan itu dilihat sebagai suatu masalah buat diri kita. Ini kesalahan jelas kita kepada Allah ketika datang kepadaNya dengan hati yang gelisah dan khuatir.

Mohonlah keampunan dan rahmat Allah ketika kita diduga Allah. Kerana ketika diduga itu barangkali kita hilang kesedaran kepadaNya disebabkan kekhuatiran dan kegelisahan akibat tidak mampu menerima kehendakNya.

Untuk seterusnya kita bersandarkan kepada Allah untuk mengaturkan hidup kita ini dengan memohon rahmatNya. Ketika rahmatNya tiba, kita pasti akan didorongkan dengan ilham iaitu petunjuk dan kekuatan dariNya dalam menyelesaikan masalah kita

Kita pasti digerakkan dan alam ini diaturkan indah oleh Allah seolah-olah segalanya seperti kebetulan ketika masalah kita selesai. Hakikatnya Allah jua yang mengaturkan semuanya dengan jalan penyelesaian yang tidak pernah kita fikir dan sangkakan.

Allahurabbi, sungguh indah pengajaran dari kisah Siti Hajar dan Nabi Ismail ini. Sederhana tetapi penuh bermakna inshaAllah.

REZEKI SUDAH TERTULIS✅

Bismillah hirRahmanir Rahim.

Apa jua kita capai hari ni bukanlah sebab kita pandai ke apa ke….

semua tu sebab SUDAH TERTULIS REZEKI KITA. Dan Allah menguji kita…

SEJAUH MANA KITA MENERIMA APA JUA REZEKI YANG DIA TELAH DAN AKAN TETAPKAN.

Kita merancang, Allah merancang. Dan pastinya lah yang terlaksana itu rancangan Allah.

Malah apa yang kita rancangkan itu juga merupakan rancangan Allah.

Kalau kita teliti benar-benar, akan faham sangat dengan JUST DO IT.

Suatu ketika dulu ketika saya bertanya seorang guru itu ini yang tidak melibatkan hukum (soal kehidupan harian), guru saya selalu berkata …

“buat saja lah Han. Asalkan tidak melanggar syariat.”

Lakukan… jika salah atau gagal, terima dan betulkan.

Kita tidak pernah belajar jika tidak pernah salah.

Bukan bermakna kita jangan jadi pandai.

Sebab REDHA tu maknanya

1. menerima apa yang dah jadi dan

2. dalam masa yang sama ikut ketetapan yang Allah tetapkan.

Kalau bodoh, ngaku dan terima kebodohan dan ikut ketetapan bahawa kena jadi berilmu.

Cari ilmu dan belajar

Kalau bodoh juga, terima dan terus belajar. Biar beratus kali belajar.

Kalau orang lain baca sekali dah faham, kita belum faham, bacalah 10 kali, 20 kali, 30 kali, berkali-kali.

Kalau miskin, terima kemiskinan dan ikut ketetapan bahawa miskin boleh jatuh dalam kekafiran.

Usaha. Kalau miskin juga… ye terima lagi… dan usaha lagi. Bukan terus diam dan hanya meminta-minta.

Muslim itu kena kaya. Nak ke Mekah buat haji dan umrah kena ada duit. Walaupun hukum kata bagi yang mampu, kalau tak mampu, kenalah usaha mampukan. Tu mampu beli rumah, kereta, mampulah tu. Cuma mana satu yang utama je.

Kalau sakit, terima sakit dan usaha cari ubat dan berubat kerana perlu sihat untuk banyak perkara.

Kalau sakit lagi atau tetap sakit … ye berubat lagi. Sampai sihat.

Umur dah tua pun, kalau sakit… berubat terus selagi bernyawa.

Ikut ketetapan. Allah nilai usaha kita. Sedar hal ini, kita tidak akan stress dan sentiasa bahagia kerana kita sentiasa menjadi hamba yang menerima bukan sekadar menerima ketetapan Allah malah menerima Allah 100% sebagai Tuhan tanpa ragu sedikit pun.

INILAH KEIMANAN KITA. Dah…. lega?

Wallahualam..Semoga bermanfaat

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 🙏🏻

.

Di sini, izinkan saya untuk belajar dan berkongsi sesuatu bersama kalian…

Kita di sini,

Sama² kita belajar untuk mengenali diri dalam kembali jalan mengenal Allah..,

“BARANGSIAPA MENGENAL DIRINYA, MENGENALLAH ALLAH AKAN DIA”

.

Dan juga sepertimana yang sudah digariskan dalam Al-Quran perlunya “KENAL DIRI” dalam Surah 51 ayat 49

“Segala sesuatu Kami ciptakan dua jenis yang berpasang-pasangan agar kalian ingat sehingga percaya kepada kekuasaan Kami.

.

.

Jika kalian berasa kurang selesa.

Saya sekali lagi menyusun 10 jari ingin meminta maaf.

.

Boleh unfollow page ni tanpa meminta kebenaran.

tiada unsur paksaan dan perlu berhujah,

di sini kita semua hamba Allah,

sifatnya fakir, lemah, tiada daya tiada kuasa

jauh lagi nak menggurui mahupun mengajar

Tak pe, saya tak marah.

.

.

Tapi..

Jika betul²..

.

.

Ingin mengenal diri, mengenal Allah seperti mana diabadikan dalam Al-Quran

“Dan pada diri kamu sendiri kenapa kamu tidak mahu melihat dan memerhatikannya”, (Surah 51 ayat 21)

Mohon RAPATKAN SAFT, Follow rapat-rapat kerana Allah Taala.. Jika bukan kerana Allah, kerana siapa? Ada selain Allah?

.

In shaa Allah,

Sama² kita belajar…

saya juga ingin minta tunjuk ajar dari sahabat sahabat baru yang arif lagi bijaksana

.

Salam perkenalan dari saya semua ya, yang hanya sekadar sarung bernyawa sahaja, tiada daya tiada kuasa melainkan semua dengan izinNya..

Silakan #SHARE dan tag pada insan kesayangan anda.

.

Saya dengan rasa rendah diri ingin menjemput anda belajar Magnet Rezeki Cara Allah dan perbaiki hidup anda dengan mengamalkan RMR+KMR. Anda boleh terus buat sumbangan infaq ilmu di link ini :

https://e-Rizq.my/join_infaq

RMR = RAHSIA MAGNET REZEKI

KMR = KELANCARAN MAGNET REZEKI

Nak berubah hidup, mulai dengan berusaha bangun untuk solat tahajud, bentang marketing plan pada Allah waktu tahajud. Cerita pada Allah impian nak apa, bermanja dan berminta-minta dengan Allah, seperti anak kecil waktu tahajud. Tak tahu nak solat tahajud? Atau tak nak perbaiki cara solat tahajud? Jemput dapatkan panduan solat tahajud disini. Saya sediakan percuma download terus boleh amal terus : https://e-rizq.my/ebook_percuma/

Jom kita sama sama klik link ini

✅KONGSI ARTIKEL INI DENGAN SEBARKAN MELALUI MEDIA SOSIAL ANDA SUPAYA LEBIH RAMAI LAGI MENDAPAT MANFAAT.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Jika tak mampu memberi sedekah wang ringgit yang banyak, kita mulai bersedekah ilmu yang kita ada, ilmu yang kita dapat. Kerana sebarkan kebaikan itu salah satu sedekah jariah. InsyaAllah. Kelak Allah permudahkan dan hadirkan kemampuan kita dalam bersedekah wang ringgit yang banyak pula.

Dan jangan lupa like & share link dibawah 👇👇

Like & share…

Nak Formula best ini ?

👉 Download FREE sekarang di :

Teknik Super NBI

ANDA di jemput join 2 bilik panas dibawah untuk TIPS/NASIHAT/SHARING umum RMR & RHD :

Telegram Channel

👉 www.t.me/RahsiaAmalan100Hari

Telegram Group

👉 www.t.me/RahsiaHikmahDiri769