SAHAJA DALAM WARAS

Bismillah hirRahmanir Rahim

Nawaitu, Usolli membawa makna Sahaja atau sengaja.

Maka ibadah yang dilakukan dengan niat sahaja ini adalah ibadah yang dilakukan dengan SEDAR kerana sesuatu yan dilakukan dengan sengaja pasti SEDAR melakukan hal itu.

Sesuatu yang dijalankan dengan sedar seharusnya kesedaran ini terus berkekalan sepanjang ibadah dilakukan.

Ketika ada sesuatu yang boleh membuatkan kita marah, kita seharusnya mampu mengawal kemarahan kita kerana kita SEDAR kita sedang berpuasa.

Ketika ada sesuatu yang menduga kesabaran kita, kita tetap mampu mengawal diri kita kerana kita SEDAR kita sedang berpuasa.

Ketika ada sesuatu yang boleh menyakitkan hati kita, kita SEDAR kita sedang berpuasa.

Dengan itu kita cepat sedar ke Allah agar jiwa kita diilhamkan dengan kesabaran sehingga kesakitan di hati kita itu cepat dan benar-benar lenyap.

Ketika ada sesuatu yang menggoda nafsu kita, kita tetap mampu bertahan kerana kita SEDAR kita sedang berpuasa.

Ia sama dengan mendirikan solat. Solat itu adalah ibadah yang sengaja di lakukan. Bermakna kita harus sedar sepanjang kita mendirikan solat bahawa kita sedang bertemu dengan Allah.

Ketika mengelamun entah ke mana, kesedaran kita sudah putus. Maka yang solat bukan kita iaitu nafs/jiwa/ sang aku tetapi sekadar jasad.

Cerita tentang kesedaran ini, sama juga dengan doa. Ketika berdoa, kita lebih banyak memikirkan masalah dan juga keinginan-keinginan kita.

Untuk mendapat doa yang makbul, kita itu yang harus sedar kepada Allah, Tuhan Yang kita mendambakan harapan kita.

Doa tidak makbul bukan sebab-sebab lain. Tetapi kita ini minta pada Allah tetapi diri sejati itu entah ke mana hanyut perginya.

Di dalam Al-Quran jelas Allah berfirman bahawa berdoalah kepadaNya dan nanti akan Allah makbulkan. Masalahnya adakah kita minta padaNya sedangkan ketika berdoa, kitanya itu entah kemana.

Sedar… komunikasi denganNya itu bertujuan untuk kita mengekalkan kesedaran yakni Ihsan kepadaNya.

Ketika kita sedar Allah, kita pasti sedar kepada saat ini.

Ketika kita sedar saat ini maka kita akan lebih fokus melakukan hal saat ini.

Fikiran tidak serabut. Tidak ada marah-marah. Tidak ada “rasa diri semua betul” dan yang utama kita sentiasa menjadi HAMBA YANG SENTIASA MENERIMA iaitu REDHA.

Bukan sekadar REDHA pada takdir kita tetapi kita REDHA DENGAN ALLAH.

Kesedaran kepada Allah inilah yang paling tinggi yang kita kenali sebagai SUPER SEDAR / SUPER CONSCIOUS.

Dan ia bukan kerja fikiran/otak/jasad. Ia adalah kesedaran Nafs/Jiwa/Sang Aku terhadap sang Khalik, Yang Maha Pencipta.

Ikuti kisah menarik dibawah :-

Kisah kurma busuk

Jemput join dan meriahkan Telegram ini :-

https://t.me/RahsiaAmalan100Hari