Kisah Aliff Syukri waktu miskin dan sewaktu kematian abah

Seperti yang kita ketahui Aliff Syukri merupakan seorang usahawan terkenal di Malaysia. Kisah jatuh bangun dia ramai yang TIDAK TAHU dan TIADA yang cuba nak ketengahkan. 

 

Disini kami bawakan kisah beliau yang boleh dijadikan iktibar dan perangsang untuk kita usahawan baru, belajar dari proses perjalanan kejayaan beliau.

 

 

Aliff merupakan usahawan yang bina kejayaan bermula dari bawah. Usaha tanpa lelah beliau telah nampak hasilnya sekarang ini. Seperti aset rumah, kereta, legasi perniagaan dan wang ringgit yang banyak(banyak dia hebahkan di socmed), mungkin niat dia tunjukkan harta keduniaan untuk memberi motivasi kepada usahawan diluar sana, trigger diri kita supaya lebih gigih lagi usaha, jangan duduk zon selesa lama sangat, usaha lebih lagi.

 

Abah dia merupakan pekerja kilang dan juga pernah bekerja sebagai pengawal keselamatan, untuk menyara dia. Abah dia bukan kategori orang senang. Orang kampung, biasalah. Tetapi, dengan pengalaman hidup dari bawahlah membuatkan keluarga Aliff semuanya berusaha untuk berjaya (Abah dia, Ibu dia, Adik beradik dia(ada seorang yang meninggal dunia ketika kecil sebab tak mampu nak buat rawatan;orang kampung;buat kerja kampung; menoreh getah sahaja;mana mampu ketika itu).

 

Pada 27 Februari 2019 yang lalu, dia dikejutkan dengan Kematian Abah tersayang iaitu Allahyarham Kamarzaman. Allahyarham telah menghembuskan nafas terakhir di Thomson Hospital, Kota Damansara kerana menghidap serangan jantung tahap ketiga dan paru-paru berair. Allahyarham dikebumikan di Sungai Nipah, Sungai Besar, Selangor pada 28 Februari yang lalu. Kematian Abahnya ini menjadikan Aliff lebih kuat dan sabar menghadapi ujian hidup yang Allah aturkan dalam hidupnya(Ketika dewasa ini).

 

 

Aliff turut berkongsi pada kita semua kisah sedih bersama abah beliau. Iaitu pada 2008(kira-kira 11 tahun lepas) sewaktu beliau mula belajar-belajar berniaga di Tapak Pasar Karat(Sek 13 shah alam), Abah dia lah yang selalu support dia, selalu bagi sokongan dan mendengar segala luahan hati dia. Waktu inilah dia mula berniaga D’Herbs dan abah dia lah yang selalu menolong dia hampir 4 tahun di tapak itu(baca lanjut di bawah). Untuk pengetahuan anda, Ibu dia(bonda Rozita Ibrahim) dan allahyarham telah bercerai. Sejak sewaktu Aliff dan adik beradik semua masih kecil lagi. Aliff dibesarkan oleh nenek dia (serta kakak sulung dia kak yati) dengan penuh kesukaran, kedaifan, dan kemiskinan. Kak yati juga lah yang banyak jaga dia dan seorang kakak lagi(kak ani) yang ada hadapi masalah terencat akal. Namun, kak yati jaga kak ani tak lama, kerana kak ani telah pergi dahulu(meninggal dunia) sewaktu mereka kecil lagi. Hari-hari makan telur ayam kampung dengan air sirap sahaja disebabkan oleh kemiskinan yang mereka hadapi. 

 

Setelah tamat SPM yang tak lulus, Aliff Syukri berbekalkan semangat nak ubah hidup, dia berusaha dengan berniaga di tapak pasar tani. Itulah bermulanya awal bisnes D’Herbs. Bermulanya perjalanan karier bisnes Aliff. Mungkin secara tak langsung, dari didikan kesukaran hidup keluarganya menjadikan dia seorang yang kuat, tidak boleh duduk diam, suka bertindak pantas, gigih serta rajin, sedikit sebanyak menyebabkan corak hidup Aliff sudah sebati dengan sikap tersebut. Mudah sahaja untuk dia aplikasikan ilmu didikan daripada pengalaman hidupnya untuk terus berjaya membina karier sebagai usahawan. Dipasak pula dengan kasih sayang “hujung minggu” daripada Allahyarham abahnya, yang tanpa lelah beri motivasi dan sokongan kepada Aliff untuk berniaga. Aliff juga nekad untuk ubah kepompong hidup sendiri setelah bertahun hidup dalam kesusahan. Now, kita jelas nampak kejayaan yang dia perolehi hasil usaha kerasnya.

 

 

Siapa sangka, hasil dari usahanya tanpa lelah, tanpa hiraukan “telinga” pedih dengar cemuhan daripada ramai orang, kini beliau anak kampung yang miskin beroleh kejayaan hasil usahanya. Dikurniakan rezeki bermacam-macam. Dapat memberi manfaat pada ramai orang secara tak langsung dari perniagaan beliau. (boleh berzakat, beri gaji(jaga perut anak-anak pekerja/staff/agennya), bersedekah, dan bebas membeli tanpa berkira-kira)


Kita perlu tahu. Segala jenis perniagaan tak akan lari dari beroleh rezeki syubhah(ragu-ragu sama ada halal atau haram). Begitu juga segala jenis pekerjaan makan gaji tak akan lari dari beroleh rezeki syubhah juga. Jika kita lalai dari kerja, tengok hp atau fb sekejap time kerja pun dah jadi makan rezeki(gaji) dari sumber syubhah tau. Lebih-lebih lagi jika terang-terangan mengulat, bazir waktu/masa, sewaktu bekerja. Rezeki haram la masuk perut.

 

Cara nak bersihkan harta/rezeki yang kita dapat tu cukup mudah. Dengan berzakat dan bersedekah. Itu sahaja jalannya. Tiada cara lain Allah aturkan untuk sucikan harta kita. Cuma itu caranya. Dia yang jadikan Rezeki kita, beri rezeki pada kita, dia juga aturkan cara untuk bersihkan. Allah dah guide siap-siap dah, tahu ianya akan berlaku pada kita semua. So, penyelesaiannya kita buat jela sehabis baik, beri sebanyak mungkin. Macam Aliff Syukri buat, berapa banyak Zakat dan sedekah yang dia buat. Tak semua dia tunjuk kat socmed kan..

Ikuti kisah luahan rasa dia sendiri : (kri itu merupakan panggilan diri aliff syukri dalam keluarga dia)


Aku dilahirkan di rumah dan di hutan getah felda..pegunungan yang sangat terpencil di negeri pahang..Hari demi hari, orang tuaku menoreh getah untuk mnyara kehidupan kami seleluarga..saya mempunyai 2 org kakak satu kak ani dan satu lagi kak yati.. dan salah seorg kakak saya terencat akal (kak ani) dan sudah mnjadi arwah..(tiada dalam foto) tiga tahun lebih muda dariku ini kakak sulung ku yg mnjaga aku ketika kecil dan kakak yg terencat akal..dan kami hidup dalam kehidupan serba daif kerana kesmpitan hidup tp masa tu aku x faham apa erti kesusahan..hari hari makan telurr aym kampung dan air sirap x kenal apa itu pizza hut atau kfc..aku hidup begitu rapat dgn kakaku ku ini dia mandikan aku,suapkan aku dan dialah ibu dan ayah ketika aku duduk kg bersma nenk..dia kakak yg tegas dalam mndidik adiknya yg tersangat keras kepala..hari ni hari jadi beliau dan aku mncari cari cari ribuan foto lamaku tp tiada gambar kenangan kerana ketika kecil keluarga ku amat susah dan tiada kamare..mngkin sbb tu bila dah besar sy ada sindrem terlajak suka bergambar..gambar yg diambil ketika ini mngkin ini kemera pinjam😏 tp allah maha besar terselit satu bgambar kenagan dan sy uplondkan tanda ingatan utk kak yati yg mnginjak usia 31tahun dan adikmu ini mendoakan kebahgian akak tunggalku agar bahgia keakhir hayat..pengorbanan kaklong sukar dilupakan dibalas..tqq my super heroin sister intheworld..i luv u forever.. #mukabudakhingusandangigirongak

Dan ini :

 

Buat hero sebenar kri… abah yg teramat ku sayangi dan kusanjungi..hilang abah seperti hilang separuh roh kekuatan kri ……mungkin abah x dapat baca apa yg kri tulis tapi cukuplah kri buat sebagai kenangan kisah kehidupan kri utk dikenang…
.
Sejak abah dan mak @bondarozitaibrahim berpisah umur kri baru 7-8 tahun….kri x faham apa itu perpisahan…yg kri tahu kenapa abah dgn mak tinggalkan kri dgn kak yati dan arwah ani dikg…..Abah dan mak membawa haluan masing2….bina kehidupan masing…….kami duduk kampung…abah selalu datang naik motor bg duit RM 50-100 sebulan… utk kami walaupun abah x senang….kerja pengawal,bila ada makanan lebih abah bungkus makanan sisa sisa nak bg anak merasa makan…….bila dapat gaji abah bawa kri dan kak long @yatie_sendayutinggi makan kfc kat pekan Sg.Besar….Bahgianya waktu tu….gembira sangat kami sebab nak makan kfc tu kena tunggu abah dapat gaji….lepas abah kahwin lagi kri dapat duduk dgn abah 2-3 tahun…waktu tu sempat rasa abah hantar sekolah naik motor…bila tgk orang ada basikal,kri meronta2 nak basikal sebab tgk orang lain ada…abah sanggup hutang ceti nak belikan kri basikal…(kri minta maaf kri x faham erti susah waktu tu)…..abah x pernah marah…….x pernah pukul kecuali sekali waktu kri mencuri kad hari jadi kat kedai sebab nak bg abah sebab x ada duit…..tu pertama kali abah pkl kri😭…
.
Abah ampunkan dosa2 kri
…..sebagai anak kri dan cuba bahgiakan abah dgn seikhlas hati dan termampu…….walau abah x pernah minta x pernah mengeluh….abah x pernah burukkan orang………dalam pada orang selalu kata abah tu lembab x reti nak marah,apa orang kata abah diam…hari ni kri tahu Allah kurniakan abah sifat begitu supaya abah x ada dosa mencaci menghina…alangkah bahgianya kri bila jumpa sahabat saudara semua memuji keluhuran abah,baik budi,bicara bila perlu,x pernah buruk sagka dan burukkan orang…
.
. .. sy memohon semua rakan sy disini utk sedekahkan Al Fatihah dan titipan buat arwah abah saya Hj kamarzaman B Kamaludin… bagi sy inilah hadiah paling bernilai buat saya🙏🏻🙏🏻 alfatiha.. adakah anda dpt rasa apa yg sy rsa sekrg?? @tjdntrmn

 

Dan ini :

 

Nakal kri ni..baiknya ya ampun suka sakat kakak dia..kakak ni selalu protect kri sejak kecik..” kak long ..kak long bingit suaranya “

.

Ke2 anak bertuah ni hasil perkahwinan kami dgn abah ..Kak long sgt tegas garang dgn kri ..KRI NAKAL

dia kumpul.ulat masuk dlm beg sekolah

.

Kesian sy lihat gambar ni..ni lah Baju kak yati pakai sy kutip jumpa tengah jalan

.

Kami miskin fakir wahai followers semua ni lah ada kenangan gambar bonda ada zaman dulu..( kri suka ambik dr album sy..hilang tulah kerja dia suka simpan kenangan)

.

Baju bundle je sy mampu pakaikan anak2 kami

.

Kri selalu kena buli kat sekolah..kak long macam jantan perangainya..lelaki takut dia akan bela lawankan adiknya

.

lelaki mengorat yati ..Dtg dek yati dibaling dgn bangku sekolah..Yati brutal xsangka ada gak org nk kawin dgn dia yg suara garau suara jantan dn si kri perangai pompan suara kecik kepit ha ha ..anak ohh anak

.

Anak ber2 ni sgt ambik berat hal abah.. bebel pd abah macam sy bebel pd mereka juga sbb sayang..abah kurang pendengaran..suka makan manis..suka kerja guard..suka jumpa kawan2 mesjid..xnak duduk rumah bandar

.

Jgn nangis wahai anak..doa lebih bermakna dr tangisan. sbb kamu dh buat yg terbaik pd abah.. dan mak bangga ada anak mcm kri dn yati.. wlu kri nakal tp sgt hormat dn sgt pandai jaga abah.. Kami tau kamu anak2 baik biar org kata kamu jahat dn buruk…hati kami tau kamu sgt baik

.

lepas ni jaga abah lagi dgn amal soleh dn jgn putus kirim doa pd abah..

.

Dulu kri kirim duit..kirim syg.. kirim lawak..cuit usik abah.. lepas ni usik abah dgn quran.. abah itu pinjaman dr Allah.. dn hak Allah ambil dia balik.. kri akan dpt jumpa abah kalau kri dan yati niat cari abah di shurga..

.

Matlamat kita shurga dn berkumpul.. dikampung moyang kita nabi adam AS.. KESIAN MAK PD ABAH TAK PERNAH PADAM

.

LEBIH KASIHAN PD DIRI KITA KALAU KURANG AMAL XDA BEKAL NANTI MATI ..SBB MATI TU PASTI

.

Kita x memiliki apa pun kat dunia hanya menjalani apa Allah bagi..Lakukan tgjwab kita apa Allah suruh sbb amanah itu berat hisabnya

 

DAN INI :

 

hanya yg pernah mengalami perceraian ibu bapa je faham apa yg saya lalui….impianku dari kecil ingin semua bersatu dalam gambar ni bersatu dan hari ni “dah punbersatu”😢….cuma gambar arwah kakak saya ani x ada dalam ni…kalau arwah ani ada dia mesti dah besar dan cantik mcm kak long dan hari ni sy tersenyum walapun hanya gambar yg di edit tpi bagi sy cukup indah..
.
.
Dulu kecik2 saya selalu mengharap kami akan bersatu mcm family normal yg lain ada ibu dan abah dan adik beradik duduk satu bumbung tpi mak sy @bondarozitaibrahimbercerai… dan sy ada kakak terencat akal arwah ani dan yg hidup kak long @yatie_sendayutinggi adalah kakak kandung satu mak dan abah hasil perkahwinan pertama mereka…..apa kah daya jodoh itu ketentuan Allah…..dia lebih mengetahui apa yg terbaik utk hambanya…..dulu sy selalu fikir kenapa kenapa keluarga aku tak sempurna..knp bukan keluarga orang lain…
.
Keluarga yg x lengkap ni……Insya Allah akan lengkap di syurga…. dan semoga gambar ini menjdi saksi dan kita berjumpa di syurga dalam satu family bersama arwah ani..
Mari sedekah kan doa dan Al Fatihah buat abah sy yg tercinta Allahyarhan Hj Kamarzaman B Hj Kamaludin….. .

 

 

 

Jalan yang ibu Aliff buat sewaktu beliau naik sebagai contoh(Sendayu Tinggi) dan sehingga kini, ialah dengan banyak membantu menyalur sumbangan kepada masyarakat terutama golongan susah, ibu tunggal, anak yatim dan warga tua. Itu lah booster sebenar sesuatu bisnes beliau untuk beroleh kejayaan & keredhaan Allah. Aliff juga mengambil langkah sama dengan membuat pelaburan akhirat tanpa hiraukan orang sekeliling mencemuh luarannya. Kadang-kadang dia terlepas juga(terhebah) kebaikan yang dia buat tu. Jika KITA SEMUA seorang yang bijak, kita akan jelas nampak Allah aturkan begitu supaya dia “ter” kongsikan kebaikan yang dia buat untuk orang ikut jejak dia, sebagai peringatan. Bukan lagi sebagai dia “menunjuk-nunjuk”. Kerana segala apa yang berlaku tidak lain, tidak bukan, dengan izin aturan terbaik dari Allah. Orang yang nampak ianya teruk, mencari publisiti murahan, itu sebenarnya mereka masih lagi tak nampak itu perancangan Allah untuk mereka sedar dan kembali balik ingat pada Allah. Allah nak semua Follower Aliff Syukri belajar sesuatu lah daripada kisah hidupnya tu, perjalanan kejayaan dia tu. Kisah jatuh bangun dan kemiskinan dia sekeluarga yang Allah aturkan adalah untuk pengajaran dan ilmu pada kita semua. Kita sahaja jarang nak berfikir sehalusnya hikmah & pengajaran dari kisah perjalanan orang di sekeliling kita.

 

Setiap orang ada kebaikan dari dalam diri dia. Sama ada dia nak keluarkan kebaikan itu ataupun sekadar nak PENDAMkan dan PADAMkan potensi diri mereka. Kita tanya diri, siapa nak berjaya? Semua nak kan..!! Siapa yang sanggup berubah tambah ilmu untuk lebih berjaya? Ramai yang TAK nak kan.. Itu lumrah kehidupan.. Majoriti ianya begitu. Sedangkan kalau kita betul-betul tahu & FAHAM, nak kejar Akhirat adalah dengan ilmu. Nak kejar Dunia pun, turut dengan ILMU. Jadi, atas diri kita lah sanggup buat macam mana untuk UBAH DIRI KITA SENDIRI & UBAH KELUARGA KITA SENDIRI..


Ilmu yang paling berharga ialah pengalaman jatuh bangun orang yang sudah berjaya. Kerana ianya shotcut untuk kita berjaya lebih lagi. Jika Aliff bangun bisnes 11 tahun. Kita yang sudah tahu formula, ilmu dan kesilapan yang dia lakukan insyaallah akan lebih cepat hasilkan kejayaan. Tidak perlu lagi ulangi kesilapan yang telah dia lakukan untuk beroleh kejayaan. Setuju?

 

Baru-baru ini Aliff Syukri berkongsi RAHSIA kisah hidupnya membangunkan bisnes dari Kosong hingga berjaya melalui ebook pertamanya iaitu ebook Zero To Hero. Pelbagai rahsia dan langkah untuk berjaya dia kongsikan detail dalam ebooknya ini. Saya sangat rekomen untuk anda dapatkan ebook ini dan ambil pelajaran daripada kisah dan formula kejayaan yang dia kongsikan.

Pada awal pelancaran ebook ini dibuka jualan RM50 sahaja, kini harga telah dinaikkan dan dijangka akan terus dinaikkan dalam beberapa hari lagi selaras dengan tambah baik susun atur dan penambahan nilai content ebook tersebut. Jika anda bertindak pantas sekarang, dan beli ebook ini, anda saya hadiahkan BONUS Smartwatch PERCUMA, tanda reward anda habiskan bacaan sharing saya ini dan tanda anda SERIUS inginkan ilmu pengalaman & pengajaran seperti kejayaan Dato’ Aliff Syukri melalui ebook dia.

Tawaran BONUS tambahan ini saya buka terhad Hanya untuk 20 Orang terawal sahaja. Sehingga 11:59 malam 30 ogos 2019 (Jumaat) ini. Klik butang Beli Sekarang! untuk terus beli ebook Zero To Hero [ Sekarang berharga RM99 ] dan Claim bonus PERCUMA ini. 

 

Saya doakan hidup anda berubah dan beroleh SHOTCUT kejayaan setelah dapatkan ebook Zero To Hero ini.

Diatas ini cuma sebahagian kecil sahaja yang sempat admin screenshot, ramai lagi yang tak sempat admin nak balas. Mereka bukan sahaja dapat ebook Zero To Hero, tetapi dapat BONUS percuma ini.  Cepat klik Beli Sekarang! untuk claim hadiah bonus ini seperti mereka.

5/5

✓ PERCUMA! Ebook Panduan Rahsia Magnet Rezeki(RMR) & Ebook Panduan Survival Semasa Covid-19.

Isi form di bawah untuk dapatkan ebook tersebut:

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

e-Rizq.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.