DUA ACUAN YANG DILUPAKAN

Bismillah…. .

Setiap kejadian yang terjadi di dunia ini terhasil dalam dua acuan.

Pertama adalah mengikut sunnatullah

dan

kedua, kudratullah.

Apakah itu sunnatullah dan apa itu kudratullah?

Analogi sunnatullah, jika terdapat 2 orang yang berlainan agama, seorang Islam dan seorang lagi tidak, kedua-dua mereka menanam sayur dengan cara yang betul, tidak kira siapa mereka, dengan kaedah yang betul, sayur itu akan tumbuh dan subur.

Itulah sunnatullah. Ia akan berlaku dengan sendiri mengikut ketetapan alam yang Allah ciptakan. Orang yang berusaha akan mendapat hasilnya.

Namun berlainan dengan kudratullah.

Kudratullah bermaksud, sesuatu yang terjadi disebabkan kudrat atau kuasa yang datang daripada Maha Pencipta.

Sebagai contoh, sunnatullah untuk mendapat anak, perlu ada seorang lelaki dan seorang wanita dan berlaku persenyawaan antara sperma dan ovum di dalam rahim. Dari situ akan diciptakan seorang manusia.

Tetapi dengan kudratullah, ia seolah-olah melanggar hukum alam sepertimana Nabi Isa a.s yang lahir tanpa berbapa.

Itu adalah kudratullah yakni sesuatu yang terjadi atas kehendak Tuhan’

Apabila kita letakkan diri kita bebas dari Aku(rasa kudrat itu datang dari diri kita sendiri), bermulanya Kudrat Dari Allah Akan hadir bantu kita. Melepaskan aku dalam diri, bermulanya pertolongan Allah dari makhlukNya yang tak disangka-sangka..

Join dan sebarkan 👉🏻 t.me/RahsiaAmalan100Hari

Jom ikuti bacaan bagus ini juga : Mencintai kerana Allah