bila rezeki dah berkat?

MACAM MANA NAK TAHU REZEKI KITA DAN BERKAT✅

Pagi ini, saya menerima PM bertanyakan satu soalan berbunyi begini.

Soalan :
Macam mana ya nak KEBERKATAN REZEKI tu ya?

Apakah syarat kerja yang berkat?

Jawaban :
Tanda KEBERKATAN REZEKI, ada lebih BOLEH BERZAKAT & BERSEDEKAH
bila JIWA RASA TIDAK PERNAH CUKUP, ITU TANDA REZEKI KITA TIDAK BERKAT

baca kisah dibawah ini ya

MENCARI KEBERKATAN REZEKI

Seorang lelaki datang menemui Imam Syafie mengadukan tentang kesempitan hidup yang dia alami.
Dia memberitahu bahawa dia bekerja sebagai orang upahan dengan gaji sebanyak 5 dirham. Dan gaji itu tidak mencukupi untuknya.

Namun anehnya, Imam Syafie menyuruh dia untuk menemui orang yang mengupahnya supaya mengurangkan gajinya menjadi 4 dirham. Lelaki itu pergi melaksanakan perintah Imam Syafie sedangkan dia tidak faham apa maksud suruhan itu.

Setelah berlalu beberapa lama lelaki itu datang kembali menemui Imam Syafie mengadukan tentang kehidupannya yang tidak ada perubahan. Lalu Imam Syafie memerintahkannya untuk kembali menemui orang yang mengupahnya dan meminta agar mengurangkan lagi gajinya menjadi 3 dirham. Lelaki itu pun pergi melaksanakan saranan Imam Syafie dengan perasaan yang sangat hairan.

Setelah berlalu sekian hari lelaki itu kembali lagi menemui Imam Syafie dan berterima kasih atas nasihatnya dengan menceritakan bahawa wang 3 dirham itu dapat mencukupkan semua keperluan hidupnya malah hidupnya menjadi lapang. Dia bertanyakan apa rahsia di sebalik semua itu?

Imam Syafie menjelaskan bahawa pekerjaan yang dia lakukan itu tidak layak untuk mendapatkan upah lebih daripada 3 dirham yang mana kelebihan 2 dirham yang dia perolehi itu telah menarik keluar keberkatan harta yang dia miliki.

Lalu Imam Syafie membacakan sebuah sya’ir yang membawa maksud :-

“Dia kumpulkan yang haram dengan yang halal supaya ia menjadi banyak. Yang haram pun masuk ke dalam yang halal lalu ia merosakkannya”.

Iktibar dan pengajaran

Apabila gaji atau harta yang kita terima tidak seimbang dengan kerja yang kita laksanakan, ini bermakna kita sudah menerima harta yang bukan hak kita yang mana ianya akan menjadi penghalang keberkatan harta yang ada, dan menyebabkan hisab yang berat di akhirat kelak…Allahu Akhbar!..

Semoga Allah sentiasa mengurniakan kita kemampuan untuk menjalankan tugas dengan penuh tanggungjawab sehingga rezeki yang kita perolehi diberkati olehNya di dunia dan akhirat…Amin..

Surah al-Jumuah ayat 10 bermaksud :-

“Kemudian setelah selesai solat, maka bertebaranlah kamu di muka bumi (untuk menjalankan urusan masing-masing), dan carilah limpah kurniaan Allah, serta ingatlah Allah sebanyak banyaknya (dalam setiap keadaan), supaya kamu berjaya (di dunia dan akhirat)”.

Ini juga ada dalam SOP BUKU 555, sebelum bertebaran keluar rumah mencari rezeki, istiqamah DHUHA dulu sebagai tanda syukur. Sebab itulah saya tekankan juga dalam SOP BUKU 555 tu, istiqamah amalan sedekah & zakat awal bulan.

Allah alirkan nikmat kehidupan kepada kita, utk kita ambil sebahagian for survival hidup, dan selebihnya alirkan semula kepada insan lain melalui amalan sedekah & zakat..Kerana dalam rezeki kita ada hak orang lain. Kita nie kadang gebang sana sini, nak kaya raya..Memberi tak mahu..

Sedangkan baginda Rasulullah SAW beritahu PANCING REZEKI DENGAN SEDEKAH, BELI KESULITAN HIDUP KAMU DENGAN BERSEDEKAH

INGAT PESAN SAYA INI :
ALLAH KARUNIA PELBAGAI NIKMAT (DUIT, ILMU, KESIHATAN DSB) KEPADA KITA SEBAGAI BEKAL KEHIDUPAN DI DUNIA, UNTUK KITA MENGURUSKAN, DAN MENTADBIRAKAN SEBAIK MUNGKIN, DAN MEMAKMURKAN INSAN. BUKANNYA NAK MENGUASAI, BILA ADA NIAT UNTUK MENGUASAI, KITA SUDAH DIKIRA UNTUK MENCABAR HUKUM TUHAN. KITA TAK BUAT KERJA KITA SEBAGAI KHALIFAH, MAKA ALLAH BAGI PINJAM DAN LALU SAT JER, LEPAS TU DIA AMBILLAH BALIK HAK DIA. MACAM MANA DIA NAK AMBIL, IKUT SUKA HATI DIALAH, BARANG MILIK DIA..

Semoga bermanfaat, inshaa Allah.. 😊😊

UNTUK KITA SAMA² BELAJAR & AMALKAN

MOGA ALLAH BERI KEBERKATAN KEPADA KITA SEMUA

Wallahualam

Salam mujahidah.

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

KEMBALI HIDUP BERTUHAN, SELESAI MASALAH REZEKI
.
Jom belajar Magnet Rezeki lebih detail melalui ebook Rahsia Magnet Rezeki(RMR+KMR):

Klik butang dibawah sekarang sebelum ditutup :

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.