BAGAIMANA ALLAH MEMAKBULKAN DOA

Suatu hari ada seorang pelajar di jalan kesufian mahu pergi kesuatu tempat. Untuk sampai kedistinasinya, beliau menumpang sebuah sampan.

Ada beberapa orang telah pun berada didalam sampan yg hendak dia tumpang itu.

Kemudian naik seorang penumpang yg baru sampai. Kebetulan hamba Allah ini mengenali si sufi tersebut. Beliau pun terus bertanya kpd si sufi itu;

” Bagaimana doa tuan begitu makbul sekali”?

Si sufi tak menjawab soalan ini. Dia diam saja.

Pendayung sampan mula berkayuh membawa penumpang2nya. Dan ada yg telah turun bila telah sampai ketempat yg dituju.

Akhirnya tinggallah tiga orang sahaja. Si sufi, hamba Allah itu dan pendayung sampan.

Ketika itu sampan berada ditengah sungai dan sedang menuju keseberang.

Tiba2 si sufi dengan cepat menolak hamba Allah yg bertanya tadi kedalam sungai.

Maka tenggelam timbullah hamba Allah itu kelemasan di tengah2 sungai tersebut.

Si sufi hanya melihat saja orang itu dah berapa banyak dah terminum air.

Si pendayung sampan sangat kasihan melihat hamba Allah itu terjerit-jerit dan melaung-laung meminta tolong.

Si pendayung sampan terjun kedalam sungai dan dengan bersusah payah menaikkan orang itu kedalam sampan semula.

Dengan tercungap-cungap menarik nafasnya beliau segera berkata kpd si sufi itu

“Kenapa tuan tolak saya”?

Jawab si sufi, “itulah jawapan kepada soalan kau tadi”

“Tadi, ketika kau lemas,apa yg kau kata..?”

“Semasa saya lemas tadi, saya benar berharap kpd Allah, agar segera menyelamatkan saya. Mudah2an ada orang sudi menolong saya”

Kata si sufi , ” Begitulah aku, apabila berdoa , aku benar2 berharap kpd pertolongan Allah..

Untuk makbul doa, hendaklah benar2 berharap dgn sepenuh harapan agar Allah terima doa…

Ketika kau lemas dan berdoa sepenuh hati kau, maka doa kau telah pun diterima…

Surah al-Fatihah ayat 5. Kita baca setiap rakaat ketika solat. “Hanya kepada Engkau kami menyembah dan hanya kepada Engkau kami memohon pertolongan.” Baca apa tu? Belum lemas dan sepenuh hati lah tu, jika sekadar baca di bibir sahaja. Tanpa hati. Jika dari hati, pasti makbul segala doa dan pengharapan kita. Pasti Allah bantu segalanya, disebabkan kita hanya bersandar pertolongan hanya dari Dia sahaja. Bukan sesekali pada Makhluk yang bersifat Mati. Seperti kisah diatas tadi.

Hati kita. Kuasai, didik hati kita. Hanya bergantung harap pada Allah. Belajar-belajar nak kenal Dia. Dia hadirkan insan-insan bantu kenal Dia kelak dalam hidup kita. Jangan tunggu lemas baru nak zahirkan pengharapan kita sepenuhnya pada Allah dari hati.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 🙏🏻

Silakan #SHARE dan tag orang yang anda sayang.

.

Jom kita belajar lagi tentang Magnet Rezeki Cara Allah

👉👉2 Langkah Mudah Selesaikan Masalah Rezeki Serta Merta

Share Share n Share

Jom kita sama sama klik link ini

KONGSI ARTIKEL INI DENGAN SEBARKAN LINK INI.

Nabi Muhammad s.a.w berpesan, “sampaikanlah dariku walau satu ayat” dan “setiap kebaikan adalah sedekah.” Apabila anda kongsikan artikel ini, ia juga adalah sebahagian dari dakwah dan sedekah. Insyallah lebih ramai yang akan mendapat manafaat.

Ikuti kisah ini : TEKNIK MENYELESAIKAN MASALAH REZEKI MENGIKUT SOP CARA ALLAH