6 KISAH BENAR INI MENYENTUH HATI SAYA

Salam hormat, saya Farihan Yahya. Saya Founder platform e-Rizq.my ini. Tujuan saya bina platform ini untuk bantu sebarluaskan lagi ilmu dan mengajak orang ramai untuk Kembali hidup bertuhan dan selesai masalah rezeki. Objektif utama adalah untuk menjadikan sahabat-sahabat dalam komuniti saya menjadi penyebar rezeki, bukan lagi sekadar menjadi penerima Rezeki. Alhamdulillah telah lebih 1k sahabat yang telah mendapatkan manfaat ini sejak Mac 2019 lalu.

Sebelum saya kongsikan 6 kisah ini, saya ingin mengucapkan syukur pada Allah atas aturan dan kehendakNya, segala apa yang dikongsikan selama ini alhamdulillah mendapat hasil yang tidak berbelah bahagi. Moga menjadi bekalan akhirat saya juga buat sahabat pembaca dan komuniti saya disana kelak. amin..

Tanpa berlengah lagi, jom ikuti perkongsian 6 kisah benar ini. ( dari sahabat komuniti saya ).

Assalammualaikum sifu,

Allahhumma Sollia Ala Muhammad.

Maaf mengganggu, Saya nak berkongsi RASA syukur saya, RASA saya kali ni memang panjang. Saya tak pos dalam Group 40 hari, takut ganggu ruang sahabat lain. Saya kongsi terus dengan Sifu ya.

Kisah 1.
2, 3 hari ni, saat saya duduk atas sejadah. Saya banyak terbayangkan kisah silam saya. Bila saya buat GT, saya dapat ayat ni:

“Sesungguhnya manusia itu dijadikan bertabiat resah gelisah (lagi bakhil kedekut); Apabila ia ditimpa kesusahan, dia sangat resah gelisah; Dan apabila ia beroleh kesenangan, ia sangat bakhil kedekut;”
( Al-Ma’aarij : Ayat 19 – 21 )

Sifu, Allah nak tegur saya.

Selama ni saya terlepas pandang, rupanya ada Rahmat Allah yang menemani saya di saat saya bersendiri.

Pada tahun 2014, saya dan isteri nekad untuk hidup sendiri. Hampir 8 bulan lepas kami dirikan rumah tangga. Kami terima macam-macam tekanan dari keluarga dua-dua pihak. Masa tu isteri tengah mengandung anak yang pertama. Kami nekad untuk rahsiakan dari sesiapa. Kami tak nak, anak kami jadi bahan kecaman asbab kehidupan kami yang tak menentu.

3 bulan kami cari rumah untuk sewa, Alhamdulillah, Allah temukan dengan rumah yang sesuai ikut budget kami. Ermm, bila tengok poket, duit untuk deposit tak cukup. Dengan izinkan Allah, Allah ilhamkan saya telefon seorang rakan. Rakan saya pun kata, dia belum bayar zakat lagi pada masa tu dan dia nak bayar zakat melalui saya.

Alhamdulillah, dengan kasih sayang Allah, saya dan isteri berjaya dapat rumah tu. Amalan kami pada masa ni, cuma sedekah setiap hari dengan abah. Kami cuma mampu bagi RM 2- RM 3 jer sehari. Walau pun ada suara sinis yang kata, RM 3 boleh beli apa? Kami konsisten beri, masa tu saya dan isteri meniaga tepi jalan dan pasar malam.

Kisah 2.
Masa duduk rumah sewa tu, saya masih berusaha dapatkan kerja. Masa tu isteri pun baru berhenti kerja asbab tak tahan kena kecam dan dituduh macam-macam dengan majikan.

2 minggu lepas tu, saya dapat offer kerja di kilang memproses ayam. Saya diminta lapor diri lagi 2 minggu. 1 bulan saya dan isteri tak bekerja.

Masa ni, saya dan isteri teruskan hidup dengan duit syiling yang ada dalam botol air 2L. Sebelum ni kami guna botol tu untuk simpan duit syiling, kali ni kami guna untuk sara hidup. Setiap hari saya akan ambil RM 3 – RM 5 untuk beli lauk mentah dekat Mydin.

Sifu, baru-baru ni saya tergerak hati untuk masukkan duit syiling dalam botol 2L. Saya isikan duit syiling sama paras duit yang ada pada tahun 2014. Kemudian saya keluarkan dan saya kira jumlahnya.

Total, ada RM 60 – RM 70 jer.

Ya Allah, selama ni saya tak sedar. Saya ambik setiap hari RM 5 selama 2 bulan, tapi paras duit tu tak susut sikit pun sifu. Isteri saya pun kata perkara yang sama. Duit dalam tabung tu tak kering. Masa tu, kami tak terfikirkan nak kira berapa yang ada, baru-baru ni jer saya tergerak hati nak kira.

Astagfirullah Al Azim, baru sekarang saya nak rasa syukur tu sifu. Semoga Allah, ampunkan saya dan seluruh muslimin dan muslimat.

Amalan kami masa ni, saya dan isteri berlumba-lumba membaca Al-Quran. Kami cuba khatam dan baca selawat dan al mathurat setiap hari. Saya akan ke masjid untuk solat fardhu.

Kisah 3.
Saya lapor diri bekerja, 1 December 2014. masa ni saya berulang alik dengan moto Yamaha. Tak kira hujan ke panas, tetap tegar demi menjemput rezeki untuk keluarga.

Selama 11bulan saya ulang alik, saya perasan isteri saya makin sarat dan tak bertenaga nak panjat tangga sampai tingkat 3. Tapi isteri tak merungut.

Dengan izin Allah, majikan saya offer saya duduk rumah company (Rumah teres) tanpa bayar sewa apa-apa pun. Cuma bayar bil air dan api jer.

Majikan pun hantar saya untuk ambil kursus kompeten di Terengganu dan dinaikkan pangkat. Subhanallah, semuanya berlaku dalam setahun.

Amalan yang saya masa ni, saya selawat dan zikir sepanjang perjalanan pergi dan balik kerja. Mula dari start moto sampai lah ke tempat kerja. Macam tu juga masa balik kerja. Masa tu saya tak harap apa-apa, cuma nak isi kekosongan masa dengan beribadah jer.

Kisah 4.
Tahun lepas, saya berazam nak solat jemaah dekat masjid untuk masa subuh, Magrib dan Isya’. Jarak dari rumah ke masjid lebih kurang 1.5KM. Alhamdulillah, saya berjaya konsisten. Sesekali ada juga tertinggal untuk jemaah solat subuh.

Sifu, saya baru konsisten selama 6 bulan. Subhanallah. Nama saya terpilih untuk dinaikkan pangkat dan dinaikkan gaji pada tahun 2019. Department saya ada 80 orang, hanya 3 orang jer yang syarikat pilih untuk naikkan pangkat dan gaji.

Pada tahun ni, syarikat kekurangan budget untuk naikkan gaji pekerja, hanya pekerja terpilih jer yang dapat. Alhamdulillah, rezeki Allah tak kira masa, tiada sapa yang boleh halang.

Kisah 5.
Saya baru bersama jemaah RMR dan KMR sejak bulan 10 lepas. Pada masa tu perniagaan sampingan saya ada masalah, sehingga hutang kereta dan hutang family hampir tertunggak.

Saya rasa macam ada di tengah padang pasir, saya pandang mana pun, tetap sama. Dengan izin Allah, Allah gerakkan hati saya untuk sertai jemaah RMR dan KMR ni.

Saya follow SOP yang sifu dan susunkan, istiqomah dalam bersedekah dan berserah bulat-bulat dengan Allah.

Tak sampai seminggu saya amalkan, saya nampak sale mula masuk, ada masa tak sempat nak buat marketing pun, asbab kejar checklist SOP RMR dan KMR. Tapi Allah tetap hantar orang untuk jadi customer.

Customer yang datang pun tak cakap banyak, mudah jer transfer duit ke akaun saya. Masya-Allah. Sangat-sangat berbeza bila kita letak Allah jadi Nombor satu dalam hati kita.

Kisah 6.
Sifu, untuk makluman sifu, hari ni genap 30 hari saya berapa dalam Jemaah 40 Hari Insan Baru 2020. Saya cuba sehabis baik untuk follow rutin yang sifu kongsikan. Siang, saya bekerja dan berniaga kerana Allah.

Malam hari, bermulanya solat maghrib, masa saya hanya untuk Allah dan Rasulullah.
Saya akan semak checklist, mana yang saya tak sempat buat, saya akan cover sebelah malam hingga selesai. Insya-Allah.

Sifu, keajaiban terus berlaku dalam hidup saya, pada hari ni, gaji saya masuk dan saya terus sempurnakan hutang dan nafkah saya. Masya-Allah, besar sungguh nikmat Allah pada saya.

Selalunya, bila saya selesai buat agihan, jumlah yang tinggal dalam akaun lebih kurang RM 300 jer. Kali ni, bila saya cek dalam akaun, 50% jer gaji saya yang bergerak. Dalam akaun masih ada 50% lagi.

Berkali-kali saya semak transaksi, siap tanya isteri, ada lagi ke bil atau hutang yang belum bayar? Isteri kata, tak da dah.

Sifu, saya betul-betul dapat rasa, seolah-olah dunia melutut dekat saya seperti selalu sifu nasihat saya. Sememangnya ni bukan kerja makhluk, ini kerja Allah yang Maha Kaya. Subhanallah,

Insya-Allah, saya akan kongsikan lagi pengalaman RASA saya nanti. Masih ada lagi yang tak sempat untuk saya tulis.

Terima kasih sifu, andai kita diizinkan bertemu di akhirat nanti, semoga Allah terima kesaksian saya atas apa yang sifu dah sampaikan untuk semua jemaah. Alhamdulillah, syukur atas segala nikmat.

Alhamdulillah, dari segi sale dah meningkat RM 1300 sehari. saya pun tak sangka, infak yang saya keluarkan setiap hari, dah dapat hantar ibu pergi umrah bulan ramadhan ni. Alhamdulillah.

Memang power bab sedekah ni sifu, ikhlas kerana Allah, terbuka banyak jalan rezeki.
insya-Allah, terima kasih banyak sifu. Alhamdulillah, syukur dapat tunjuk ajar dari sifu.

Masa nak mula dulu, macam2 fikir bila nak letak RM 10 dalam tabung masjid setiap hari.
Bila Allah berikan RASA, baru nak percaya baru nak menitik air mata.

Astagfirullah hal azim.

Malu betul dengan Allah, 30tahun solat, tapi keakuan dalam diri tak pernah surut.
Dasyat sungguh islam baka. Buatkan saya rasa sentiasa dalan rahmat tuhan. padahal sebaliknya.

Saya ikut apa sifu cakap. Buat tanpa tapi, beri tanpa nanti. Saya ikut apa sifu cakap tukar mindset KPI Business fokus kepada SEDEKAH & ZAKAT daripada SALES.

Saya dah buat graf INFAQ vs SALES Alhamdulillah, sale saya tak pernah dapat kurang dari yg saya infak, cuma hari saya pegi kelas n seminar jer yg drop.

Setuju dengan apa yang sifu cakap, makin banyak infak, makin tinggi Allah bagi. Sekarang Allah tunjuk dekat saya, ramai orang yang saya nak kena bantu dengan infak. Sekarang saya dah mula pegang 1 masjid n 1 sekolah tahfiz di tempat saya sebagai safety belt, ikut mazhab sifulah. dengan izin Allah

Subhanallah,tak pernah terfikir dapat infak banyak macam tu. Saya kongsikan report sale vs infak untuk February 2020. Ketara sungguh peningkatannya

Alhamdulillah, nak nampak depan mata, baru nak percaya. nak harap gaji, memang tak ada banyak ni, semua dari Allah

Alhamdulillah, Insya-Allah sifu. plan bulan ni saya n Rana nak mengadap sifu, mintak tunjuk ajar, takut tersalah langkah. bulan depan dah mula hidup sendiri kerana saya pilih untuk resign dan kembali hidup bertuhan. insya-Allah

PN. RANA MALIK & EN. ZAIMEL
VIP Alumni RMR, KMR, 40 Hari

Bermanfaat?

Tekan like dan share sebagai sedekah ilmu untuk rakan-rakan lain baca juga kisah ni. tq

Selawat dan Salam ke atas Rasulullah saw.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Jom ajak sahabat syurga kita yang lain untuk belajar lebih mendalam lagi tentang Rahsia Magnet Rezeki dalam kehidupan ke Channel Telegram ini!
👉🏻 https://t.me/RahsiaAmalan100Hari

#shareuntukbaikihati

 

Klik dibawah untuk dapatkan Pakej InterimSale 2020 yang terhad ini :

 

✓ PERCUMA! Ebook Panduan Rahsia Magnet Rezeki(RMR) & Ebook Panduan Survival Semasa Covid-19.

Isi form di bawah untuk dapatkan ebook tersebut:

You have successfully subscribed to the newsletter

There was an error while trying to send your request. Please try again.

e-Rizq.my will use the information you provide on this form to be in touch with you and to provide updates and marketing.