JANGAN RISAUKAN KATA ORANG, KERANA SETIAP ORANG MEMBACA DUNIA DENGAN PEMAHAMAN & PENGALAMAN YANG BERBEZA.

Teruslah melangkah, selama engkau di jalan yang baik.

Walaupun terkadang kebaikan tidak sentiasa dihargai.

Usah menjelaskan tentang dirimu kepada siapa pun, kerana yang menyukai mu tidak perlu tahu tentang semua kebaikan yg kamu lakukan.

Dan yang membenci mu tidak akan percaya tentang kebaikan yang masih ada pada diri mu.

Hidup bukan tentang siapa yang terbaik, tapi tentang siapa yang mahu berbuat baik dan sentiasa memperbaiki diri.

Hari ini dan semalam adalah hari yang berbeza. Pintu taubat sentiasa terbuka untuk hamba-Nya.

Kita bukan sesiapa untuk menilai insan lain.

Eratkan silaturrahim, walau sekadar berdoa untuk semua sahabat mu.

Ketika kita menanam padi, rumput pun ikut tumbuh.

Tapi ketika kita menanam rumput, tidak pernah padi turut serta tumbuh.

Dalam kita melakukan “ kebaikan ”, terkadang ada yang buruk turut ikut sama.

Tapi ketika kita melakukan “ keburukan ”, tidak ada kebaikan turut ikut serta.

Jangan bosan untuk berbuat baik walaupun sememangnya kita tidak sempurna.

Jika melawat ke hospital, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kesihatan.

Jika melawat ke penjara, kita akan menyedari betapa besarnya nikmat kebebasan.

Namun , jika kita ke kubur, kita akan menyedari betapa berharganya nikmat kehidupan.

Pesakit akan keluar wad bila sakitnya sembuh.

Manakala banduan akan keluar penjara bila tamat tempoh hukumannya.

Akan tetapi kubur TIADA JALAN KELUAR.

Sentiasa ingat mati dan buatlah persiapan untuk kematian.

YANG UTAMA!

JADILAH HAMBA ALLAH.

MULAI DENGAN JADILAH HAMBA ILMU , BUKAN HAMBA HARTA DUNIA 😌

PS: Usah Membangau Lagi! Take-Charge! 💪🏻

TIPS UNTUK DAPATKAN KUALITI HIDUP YANG BAIK

Peristiwa (Taqdir) + Respon (Tadbir) = Hasil (kualiti hidup)

Contoh :

Rezeki itu Peristiwa (Taqdir) + Bagaimana kita Respon (Tadbir) = Menentukan Hasilnya (Kualiti Hidup)

Tuhan bagi rezeki mewah kat kita untuk kita tadbir sebaiknya, bukannya nak menguasai

Andai terdetik di hati nak menguasai, itu tandanya kita melawan hukum Tuhan

Jadi,

Macamana kita respon bila ada rezeki tu, tadbirlah sebaiknya seperti digariskan oleh Al-quran dan sunnatullah iaitu keluarkan zakat dan sedekah. Maka pastinya Allah janjikan kehidupan yang berkualiti.

Tapi, kalau kita respon dengan sifat bakhil, kedekut dan berkira-kira, maka kualiti hidupnya pun sebaliknyalah..

“Manusia hanya mentadbir. Allah menentu taqdir”. .

AL-QURAN IS A LIFE PROGRAMMING

Bagaimana nak atur semula hidup supaya lebih teratur dan berfaedah? Bacalah Al-Quran.

.

InshaAllah, Al-Quran akan bantu susun semula hidup kita.

Semoga bermanfaat untuk semua.

Nota : Tugas saya menyampaikan pesanan dan nasihat telah selesai bila saya kongsikan ilmu ini. Hak ilmu ada dua. Pertama beramal. Kedua menyampaikan pada orang lain. Sekarang bergantung pada diri anda pembaca pula. Nak tunaikan dua hak ilmu ini atau tidak. 🙏🏻

Ikuti kisah ini : Kisah rakan saya yang bebas

Jom belajar dan dapatkan ebook Rahsia Magnet Rezeki disini : 2 Langkah Mudah Selesaikan Masalah Rezeki Serta Merta